Blog Diet Fadzilah Mamat

Apa Khabar Rakan-Rakan Yang Sedang Berdiet?

Jul 20, 2009 Author: admin | Filed under: Berat Terkini

Dah lama saya menyepikan diri dan tidak menulis di blog diet ini.

Namun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang rakan yang masih sudi menghubungi saya melalui email dan sebagainya untuk mengetahui update terkini perjalanan diet saya.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghentikan proses berdiet buat sementara waktu kerana tengah planning untuk mengandung anak ketiga.

Oleh itu, saya tidaklah terlalu control makan seperti sebelum ini sebaliknya hanya mengawal agar tidak terlebih makan. Saya juga mula mengambil semula nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Alhamdulillah, saya berjaya maintain berat saya pada 70Kg…

Keyakinan Diri Berkadar Langsung Dengan Penurunan Berat Badan

Jun 17, 2009 Author: fadzilahmamat | Filed under: Tips Diet

Hari ini saya ingin berkongsi satu formula matematik yang telah saya cipta iaitu “Keyakinan Diri Berkadar Langsung Dengan Penurunan Berat Badan”. Dengan kata lain, semakin berat badan kita menurun, keyakinan diri kita makin bertambah. Ini merupakan pengalaman saya sendiri setelah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 Kg.

Sebagai seorang Unit Trust Consultant yang banyak bertemu prospek dan klien setiap hari, saya rasa diri saya lebih yakin untuk bertemu dan membuat presentation kepada prospek2 saya. Walaupun saya memang sentiasa confident namun saya dapat rasakan confident level saya sekarang sangat tinggi berbanding semasa berat saya 89 Kg dulu.

In fact, saya dapat rasakan bahawa klien saya sangat mengagumi semangat saya untuk berdiet dan mereka menganggap bahawa jika saya berjaya untuk berdiet, saya boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Ini kerana, berdiet bukanlah satu proses yang senang. Ia memerlukan disiplin diri, komitmen, dan semangat dalaman yang tinggi.

Arwah umi saya juga sering berkata bahawa “Jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu”. So, jika kita dapat melawan nafsu kita (terutamanya nafsu makan), kita telah berjaya dalam jihad yang terbesar.

Itu sahaja coretan saya untuk hari ini. Selamat berdiet!

Saya Baru Balik dari Hangzhou, China

May 24, 2009 Author: fadzilahmamat | Filed under: Berat Terkini, My Pictures

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana saya telah mengikuti rombongan ke Hangzhou, China yang ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual kepada Unit Trust Consultant yang berjaya mencapai target jualan pada tahun 2008.

Walaupun saya makan agak banyak tetapi saya rasa sangat gembira kerana berat saya masih maintain pada 70 Kg. Mungkin disebabkan saya langsung tidak memakan nasi, mee, roti dan makanan berkarbohidrat tinggi. Saya juga mula mengamalkan minum Green Tea.

Jika rakan-rakan ingin melihat gambar-gambar saya di Hangzhou, klik di http://www.flickr.com/photos/36769981@N08/

Kurang Tidur Punca Kegemukan

May 14, 2009 Author: fadzilahmamat | Filed under: Tips Diet

Semalam saya merasa agak moody. Mungkin kerana tidak cukup tidur kerana pada waktu malam saya sukar melelapkan mata dan pada waktu siang pulak saya sibuk berjumpa dengan klien dan sebagainya.

So, semalam juga saya telah menggantikan semula tidur saya dengan tidur hampir 3 jam (dari pukul 1 tghari -4 ptg) pada waktu siang dan tidur agak awal pada waktu malam (sekitar 10 pm).

Sebelum ni saya ada membaca fakta mengenai tidur (Tidur 8 Jam Setiap Hari Rahsia Kuruskan Badan) yang mengatakan bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kegemukan kerana ia menjadikan kita cepat lapar dan menambahakan selera makan kita; kononnya untuk mengganti tenaga yang kurang dalam badan kita.

Semalam memang saya terlebih makan daripada biasa dan saya merasa lebih yakin dengan kenyataan ini. So, kepada rakan-rakan yang sedang berdiet, pastikan anda tidur secukupnya..

I’m Back To Atkins Diet

May 12, 2009 Author: fadzilahmamat | Filed under: Plan Diet

Bermula semalam, saya tidak lagi berpuasa kerana merasakan bahawa penurunan berat badan dengan berpuasa tidaklah secepat jika dibandingkan dengan ketika saya mula-mula mengamalkan Atkins Diet tempohari. Mungkin jugak kerana saya makan dalam jumlah yang terlalu sedikit dan menyebabkan metabolisma saya menjadi rendah dan melambatkan proses pemecahan lemak..

Kebetulan pulak, minggu ini saya memang sangat sibuk berjumpa klien-klien saya yang ingin memulakan dan menambah pelaburan. Maklumlah, sebelum ini saya agak sibuk dengan presentation dan penulisan tesis. Selepas menghantar tesis kepada fakulti pada hari Khamis yang lepas, maka berakhirlah keperitan dan kesengsaraan saya menghabiskan pengajian master saya. Pada masa yang sama bermulalah semula aktiviti seharian saya sebagai seorang konsultan unit amanah, untuk mengembalikan semula zaman kecemerlangan saya seperti pada tahun lepas.

Dalam keadaan yang sibuk ni, saya rasa Atkins Diet lebih sesuai untuk diamalkan berbanding dengan kaedah berpuasa. Ini kerana, saya pasti memerlukan tenaga tambahan untuk bergerak ke sana sini dan juga akan merasa kehausan selepas membuat penerangan kepada klien saya.

Walapun semangat untuk menguruskan berat badan masih membara, tetapi sekarang ni saya tidak mahu terlalu obses dengan hal ini dan memberi perhatian kepada kerjaya dan orang2 yang saya sayangi. Bukan apa, kadangkala dalam kesungguhan nak berdiet, kita mudah merasa tertekan dan tidak mempedulikan perasaan orang-orang di sekeliling kita.

Setelah mendengar kisah dan tips diet daripada Fiza semalam, saya rasa saya mampu menurunkan berat badan saya secara beransur-ansur tanpa perlu berdiet secara keterlaluan..

Ini merupakan perasaan saya untuk hari ini. Esok-esok mungkin berubah pulak.. :)

My Diet Progress

Recent Comments

  • sue: hai saya pernah mkn ubat nih .then skrang nak beli tapi owner yang jual tu tak dapat di hubungi.boleh ada...
  • jaja: huhu…kat mana dak dapatkan duromin area selangor and putrajaya ek??
  • ayien: salam smua kawan…. dulu saya amik duramin… mmg betul2 bekesan…duramin tak blh diambil lbh dr...
  • SHA: Hai…..skrg sypun sedang mengambil duramin….Banyak jugak berat yang turun. Cam x caye je… Tapi...
  • admin: Bagusnya.. Tahniah saya ucapkan sebab dah berjaya turunkan berat badan lebih 14kg. Hebat tu!! Semoga terus...
  • Yacob Ali Hassan: Assalamulaikum Fadzilah, Sudah pastu Fadzilah sudah mengenali saya. Saya memang selalu mengikuti...
  • fizaJB: awal thn ni sy ada ikut program plngsingan badan…bajet bnyak gak kuar…ape yg dorg sarankan,sama...
  • sara: salam. 1st bila saya bukak ur page bagi saya inspirasi tuk turunkan berat badan. berat saya sekarang adalah 83...
  • admin: Beli di Klinik Keluarga di Taman Sri Pulai Perdana, Johor. Tapi tak pasti berapa harga semasa..
  • FadzilahMamat: Sori sebab lama tak post. Sibuk dengan unit trust, pusat tuisyen dan jugak bisnes terbaru iaitu kek...

Advertising




My Links


Categories


CupCakeManja @ Flickr!

Cupcake With Chocolate Rice

Cupcake With Chocolate Rice

More Photos

Meta